Monday, May 16, 2005

Salam buat Para Sahabat

Info 1 :

Sahabat kita, Ustazah Nur Faezah bt Lahuri sedang menjalani kursus induksi di Golden Straits Villa Resort, Port Dikson, Negeri Sembilan. Bermula dari 10 Mei - 28 Mei 2005. Semoga sentiasa bersemangat...

Info 2 :

Selamat hari guru,

Mari kita renungi tanggungjawab dan apa yang telah kita lakukan untuk membentuk para pelajar yang dicintai. Besok menjanjikan kelas yang lebih sempurna. Kita perlu laksanakan tanggungjawab ini dengan penuh amanah. Amanah dari Tuhan dan jua dari Kementerian Pendidikan Malaysia, dan yang paling penting - amanah dan harapan dari ibu bapa yang mengharapkan sekolah inilah landasan kejayaan anak-anaknya...

Info 3 :

Selamat bercuti dan menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun, yang terbaik adalah dengan menggunakan waktu senang ini untuk menyiapkan kerja-kerja menyemak kertas jawapan pelajar..

Info 4:

Selamat menjalani kursus induksi buat sahabat bermula dari 7 Jun hingga 25 Jun 2005:

1. Nik Kuswadi bin Nik Adib di Idaman Villa Resort Kota Kinabalu

2. Nurhazliana bt Mohd Hassan di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak.

Rakan-rakan yang lain juga selamat berkursus dengan penuh bersemangat.

No comments: