Monday, May 16, 2005

Bank Soalan Pendidikan Islam

Soalan Ujian Bulan Mac 2005 - Ting 4
(utk Sek Men Teknik Seberang Perai)


Soalan 1 hingga Soalan 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan yang tepat dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.


1 Semasa wukuf di Padang Arafah jemaah haji hendaklah

A bercukur
B berihram
C berniat ihram
D membayar dam

2 Peranan utama haji dalam melahirkan insan yang berakhlak mulia ialah

A melatih sifat rajin berusaha
B melatih sifat hormat menghormati
C mendidik amalan ziarah menziarahi
D menggalakkan manusia sanggup berkorban

3 Berikut adalah larangan dalam ihram kecuali

A menebang pokok
B menyembelih binatang
C memakai minyak wangi
D mendedahkan muka bagi wanita

4 Antara yang berikut, yang manakah merupakan syarat bagi mereka yang hendak mengambil upah haji untuk orang lain

A dilakukan oleh orang lelaki
B mempunyai kesihatan yang baik
C mengetahui syarat mengambil upah haji
D telah melakukan haji untuk dirinya

5 Perkara yang membezakan antara rukun haji dengan rukun umrah ialah

A Bercukur rambut
B Sai di Safa dan Marwah
C Tawaf di kaabah
D Wukuf di Arafah






6 Yang berikut adalah syarat-syarat Sai, kecuali

A dilakukan sebelum tawaf
B dilakukan selepas tawaf
C dilakukan sebanyak tujuh kali
D mulakan niat di Safa

7 Apakah kesan jika jemaah haji melakukan perkara-perkara yang di larang semasa ihram

A hajinya tidak sah
B hajinya tidak diterima Allah
C wajib membayar dam
D wajib melakukan haji semula

8 “Tawaf Selamat Datang ke Mekkah semasa mengunjungi Baitullahil haram”
Pilih jenis tawaf yang sesuai mengikut penyataan di atas

A Tawaf Ifadah
B Tawaf Qudum
C Tawaf Sunat
D Tawaf Wida’

9 “Zakwan Zikry mengerjakan umrah pada bulan haji, selepas itu dia melakukan haji pada bulan yang sama”
Apakah cara haji yang dilakukan oleh Zakwan Zikry?

A Haji Ifrad
B Haji Mabrur
C Haji Qiran
D Haji Tamattuk

10 Masa bagi jemaah haji melontar ketiga-tiga jamrah ialah

A selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah
B selepas mengerjakan tawaf di Mekkah
C selepas gelincir matahari pada hari tasyrik
D sebelum jemaah haji meninggalkan Mekkah

11 Apakah Miqat Makani bagi jemaah haji dari Malaysia yang melakukan penerbangan terus ke Madinah

A Juhfah
B Qarnul Manazil
C Yalamlam
D Zulhulaifah

12 Apakah kelebihan menunaikan haji secara Ifrad?

A berada lama di Mekkah
B masa ihram lebih singkat
C memudahkan jemaah haji
D tidak dikenakan dam

13 Antara yang berikut, penyataan manakah yang tidak benar mengenai akikah?

A afdal dilakukan pada hari ke tujuh
B dagingnya wajib disedekah kepada fakir miskin
C menyembelih binatang ternakan sahaja
D seekor kambing bagi anak perempuan

14 Pilih maksud yang paling tepat mengenai akikah

A menyembelih binatang ternakan untuk dibuat jamuan
B menyembelih binatang ternakan kerana mendapat zuriat
C menyembelih binatang dan disedekahkan kepada fakir miskin
D menyembelih binatang ternakan yang tidak cacat

15 Yang berikut merupakan perkara-perkara sunat akikah kecuali

A mencukur rambut bayi selepas menyembelih binatang
B mematah-matahkan tulang binatang akikah
C melakukan akikah pada hari ketujuh selepas kelahiran
D melakukan sembelihan ketika matahari sedang naik

16 Antara rukun sembelihan ialah

I penyembelih
II alat sembelihan
III binatang yang disembelih
IV putus urat halkum dan merih

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV








17 Mengapakah Islam menggalakkan umatnya melakukan ibadah korban?

I membantu fakir miskin pada hari-hari kebesaran Islam
II tanda kesyukuran kerana dapat cahaya mata bagi suami isteri
III mendidik jiwa suka berkorban untuk kepentingan agama
IV menunjukkan kepada penganut agama lain, orang Islam suka berkorban

A I dan II
B III dan IV
C I dan III
D II dan IV

18 Berikut adalah perkara-perkara sunat ketika menyembelih kecuali

I menggunakan benda tajam
II membaca bismillah
III membaca selawat ke atas Nabi s.a.w.
IV niat kerana Allah, bukan selainnya

A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D I dan IV

19 Mengapa Islam mewajibkan binatang yang hendak di makan di sembelih

I menghormati semua makhluk Allah
II membolehkan semua binantang boleh dimakan jika disembelih
III tidak menyeksa binatang terlalu lama jika disembelih
IV memudahkan darah keluar dari tubuh binatang

A I dan II
B III dan IV
C I dan III
D II dan IV

20 Bagaimanakah cara pembahagian daging korban yang sebaik-baiknya?

I 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
II 1/3 diberikan kepada orang kaya
III 1/3 diberikan kepada orang ramai
IV 1/3 dimakan oleh orang yang berkorban

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Soalan 21 hingga Soalan 23 adalah berdasarkan jadual di bawah

No

Amalan Haji
Waktu Mengerjakannya
21

Wukuf di Arafah

22

Bermalam di Muzdalifah

23

Melontar Jamratul aqabah



Bermalam di Mina dan melontar kitga-tiga jamrah
11, 12 dan 13 Zulhijjah


Soalan 24 hingga Soalan 26 adalah berdasarkan rajah di bawah

Lengkapkan huraian tentang ibadah akikah yang berikut

Ibadah Akikah
Masa Afdal
24.____________
Hukum
25.____________
Jenis Binatang
26.____________










27 Mengerjakan _______________ ketika menunaikan haji adalah melambangkan ingatan terhadap peristiwa Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim.

28 Miqat bermaksud ketetapan masa atau tempat untuk memulakan ______________

29 Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih termasuk dalam perkara-perkara _______________________ semasa sembelihan.

30 Tujuan memutuskan urat halkum dan merih ketika menyembelih adalah untuk memastikan binatang tidak ___________________








31 Perhatikan rajah di bawah.











Amalan di atas adalah salah satu rukun haji.
Ia dilakukan selepas mengerjakan _____________________________

Soalan 32 hingga Soalan 34 adalah berdasarkan rajah di bawah

Nyatakan umur binatang berikut yang sah untuk dijadikan korban


Umur Binatang
Kambing
32.____________
Lembu
33.____________
Unta
34.____________










35 Masa yang afdal melakukan korban ialah pada Hari Raya Aidil Adha sebelum _________________

36 Waktu berkorban berakhir pada _____________________________

37 Jumlah lontaran ketiga-tiga jumrah adalah sebanyak __________________ biji anak batu.

38 Tahallul kedua (Tahallul Thani) berlaku setelah melakukan ketiga-tiga perkara iaitu _______________________, tawaf Ifadah(rukun) dan bercukur.

39 Melontar ketiga-tiga jamrah ialah melontar di Jamratul Ula, _____________, dan Jamratul Aqabah, dengan menggunakan tujuh anak batu pada tiap-tiap jamrah.

40 ________________ pada hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Memadai tinggal sebahagian besar setiap malam tersebut.

41 Potongan ayat al-Quran berikut tidak di susun mengikut tertib seperti dalam al-Quran. Susun semula potongan ayat berikut mengikut tertibnya.
Anda dikehendaki menulis nombor ayat sahaja

Al-mukminun T4









( 4 markah )


42 Lengkapkan tempat kosong yang bernombor dalam petikan ayat berikut dengan kalimah yang betul berdasarkan al-Quran.











( 4 markah )

43 Jelaskan hukum tajwid bagi perkataan yang bergaris





( 2 markah )




KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh:

(Anuar bin Jaaffar)

Guru Penitia Pendidikan Islam
Sek Men Teknik Seberang Perai

------------------------------------------------------------------------------------------------



SOALAN UJIAN BULAN FEBRUARI 2005

Soalan Ujian Bulan Febuari 2005 - Ting 4
(utk Sek Men Teknik Seberang Perai)

1. Antara yang berikut,yang manakah bukan merupakan tanggungjawab seseorang anak
terhadap ibu bapanya.
mendengar nasihat mereka.
Menjaga kebajikan mereka.
Mendoakan kesejahteraan mereka.
Menuruti perintah yang melanggari syariat.

2. hukum menyinggung perasaan ibu bapa ialah.
A. sunat.
B. harus.
C. haram.
D. makruh.

3. Yang berikut merupakan akibat berbohong ke atas masyarakat,kecuali..
A. berlaku huru hara.
B. masyarakat dipandang hina.
C. perpaduan dapat diwujudkan.
D. masyarakat lemah dan mundur.

4. Hukum hudud bagi orang yang mencuri adalah.
A. dipenjara.
B. dipotong tangan.
C. disebat dan dipenjara.
D. dipenjara dan dibunuh.

5. Antara yang berikut,yang manakah merupakan hikmat pengharaman riba.
A. membanteras kezaliman dalam masyarakat.
B. membangunkan ekonomi sesebuah Negara.
C. mewujudkan sebuah masyarakat yang perihatin.
D. mewujudkan semangat rajin bekerja dikalangan masyarakat.

6. Pilih penyataan yang benar mengenai tanggungjawab orang Islam terhadap anak
yatim.
I. melayan mereka dengan baik.
II. memberi kasih saying kepada mereka.
III. mengambil berat pelajaran mereka.
IV mengabaikan segala keperluan mereka.
A. I,II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III dan IV






7. Antara yang berikut,yang manakah merupakan sebab-sebab mengumpat dan
memfitnah.
I sikap suka berbangga diri
II. ingin melihat orang lain susah.
III. memiliki sifat tamak dan haloba.
IV. iri hati terhadap kelebihan orang lain.
I,II, dan III
I,II, dan IV
I,III, dan IV
II,III, dan IV

8. Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang pencuri itu dikenakan hukuman
potong tangan.
I. tidak dipaksa melakukannya.
II. Cukup umur dan sempurna akal
III. Barang yang dicuri disimpan di tempat yang selamat.
IV. Mencuri barang dengan kuantiti yang amat banyak.
A. I,II, dan III
B. I,II, dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III, dan IV

9. Mengapa sesetengah individu Muslim melakukan dosa besar.
I. jahil tentang agama.
II. lupa dengan azab Allah.
III iman yang tidak mantap.
V. umtuk mencapai keseronokan dunia.
A. I,II, dan III
B. I,II, dan IV
C. I,III, dan IV
D. II,III, dan IV

10. Apakah hikmat sesuatu hukuman dalam Islam.
I. menjaga kemaslahatan seluruh umat Islam.
II sebagai amaran supaya jangan melakukan dosa.
III bukti Allah bersifat tegas terhadap hamba-Nya.
IV. Membuktikan keadilan dalam system perundangan Islam.
A. I,II, dan III
B. I,II, dan IV
C. I,III, dan IV
D. II,III, dan IV


11. Apakah hukuman keatas penzina yang telah berkahwin.
A. disebat 100 kali.
B. disula hingga mati.
C. direjam hingga mati.
D. disebat dan dipenjara.

12. Menuduh perempuan baik berzina hukumannya ialah sebatan sebanyak 80
kali.Apakah hikmat hukuman tersebut.
A. menakutkan orang ramai.
B. Membanteras perbuatan jenayah.
C. Menunjukkan kebaikan Islam.
D. Memperlihatkan keadilan Islam.

13. Penyataan yang berikut menerangkan sebab berlakunya perbuatan membunuh
diri,kecuali.
A. sebagai suatu jalan penyelesaian.
B. Putus asa dan kecewa dalam hidup.
C. Tidak mempunyai pegangan agama.
D. Tidak berani menghadapi dugaan hidup.

14. Penyataan yang manakah benar mengenai pencegahan dosa-dosa besar melalui
hukuman hudud.
A. disaksikan oleh golongan yang tertentu.
B. Setimpal dengan suatu kesalahan.
C. Mengikut prosedur tertentu untuk diikuti.
D. Hukuman dijalankan di khalayak ramai.

15. Antara yang berikut,yamg manakah bukan merupakan akibat penyalahgunaan dadah
terhadap individu.
A. menghancurkan masa depan.
B. Terdorong melakukan maksiat.
C. Dapat melupakan segala masalah.
D. Mencemarkan maruah diri dan keluarga.

16. Apakah yang dimaksudkan dengan taubat.
A. suatu cara beribadat kepada Allah.
B. memohon hidayat dan petunjuk Allah.
C. supaya mendapat rahmat Allah.
D. memohon keampunan daripada Allah.

17. Yang berikut merupakan hikmat taubat yang dilakukan dengan ikhlas kerana
Allah,kecuali.
A. dosa diampunkan Allah.
B. Menenteramkan jiwa dan perasaan.
C. Dapat memasuki syurga Firdaus.
D. Dapat beribadat dengan sempurna.

18. Yang manakah antara yang berikut bukan syarat-syarat taubat.
A. menangis tiga hari berturut-turut untuk menyatakan kekesalan.
B. menyesali dosa yang dilakukan.
C. berhenti daripada melakukan maksiat.
D. berazam tidak melakukan dosa.

19. Mengapakah Allah menyuruh hambanya supaya segara bertaubat apabila melakukan
dosa.
I. seseorang itu tidak tahu bila akan mati.
II. Supaya dosa diampunkan Allah.
III. Boleh melakukan dosa lain apabila telah bertaubat.
IV. Supaya diri suci daripada segala dosa.
A. I,II, dan III
B. I,II, dan IV
C. I,III, dan IV
D. II,III, dan IV


20. Antara yang berikut,manakah yang merupakan sebab Allah tidak menerima sesuatu
taubat.
I masih melakukan maksiat
II tidak meminta maaf sekiranya kesalahan dan dosa berkaitan dengan
orang lain.
III berhenti melakukan maksiat.
IV menyesali perkara dosa.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV


21. Bilakah ibadat umrah boleh dilakukan.
A. bulan Zulhijjah.
B. bulan Ramadan.
C. sepanjang tahun.
D. pada bulan-bulan tertentu.

22. Antara yang berikut,yang manakah merupakan syarat bagi mereka yang hendak
mengambil upah haji untuk orang lain.
A. mempunyai kesihatan yang baik.
B. Dilakukan oleh orang lelaki.
C. Telah melakukan haji untuk dirinya.
D. Mengetahui syarat mengambil upah haji.


23. Perkara yang membezakan antara rukun haji dengan rukun umrah ialah..
A. bercukur rambut.
B. tawaf di kaabah.
C. wukuf di Arafah.
D. sai di Safa dan Marwah.

24. Yang berikut adalah syarat-syarat sai, kecuali..
A. memulakan niat di Safa.
B. dilakukan selepas tawaf.
C. dilakukan sebelum tawaf.
D. dilakukan sebanyak tujuh kali.

25. Di manakah letaknya Muzdalifah.
A. antara Mina dengan Hijaz
B. antara Arafah dengan Mina.
C. antara Mina dengan Makkah
D. antara Madinah dengan Makkah.

26. Apakah kesan jika jemaah haji melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa
ihram.
A. hajinya tidak sah.
B. wajib membayar dam.
C. wajib melakukan haji semula.
D. hajinya tidak diterima Allah S.W.T.

27. Masa bagi jemaah haji melontar ketiga-tiga jumrah ialah..
A. selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah.
B. selepas mengerjakan tawaf di Makkah.
C. selepas gelincir matahari pada hari tasyrik.
D. sebelum jemaah haji meninggalkan makkah.

28. Pilih penyataan yang tidak benar tentang hikmat diadakan larangan ihram.
A. menguji keimanan dan kesabaran.
B. menunjukkan semua manusia adalah sama di sisi Allah.
C. supaya jemaah dapat menumpukan perhatian kepada
ibadat haji.
D. menyuruh manusia tidak lupa pada perkara keduniaan
semasa beribadat.








29. Pilih penyataan yang menerangkan perkara-perkara sunat haji.
I. membanyakkan ucapan talbiah.
II mandi ketika hendak berniat ihram.
III memakai pakaian ihram berwarna putih.
IV solat dua rakaat sebelum memakai ihram.
A. I,II, dan III
B. I,II dan IV
C. I,III, dan IV
D. Kesemua di atas.

30. Berikut adalah kesalahan yang dikenakan dam takhyir dan takdir.
I. memotong kuku.
II memakai minyak rambut.
III memburu binatang buruan
IV memakai bau-bauan pada pakaian.
A. I,II, dan III
B. I,II, dan IV
C. I,III, dan IV
D. II,III dan IV

31. Mengapakah hukum sembelihan adalah wajib.
A. semua binatang yang halal memang wajib disenbelih.
B. supaya umat Islam terselamat daripada memakan daging
yang tidak halal.
C. bagi tujuan memakan daging binatang yang halal.
D. Supaya bebas daripada penyakit.

32. Yang berikut merupakan syarat sah sembelihan, kecuali..
A. binatang yang halal dimakan.
B. menyebut nama Allah ketika menyembelih.
C. alat penyembelihan mestilah tajam.
D. putus urat halkum dan merih.
33. Apakah sebab umat Islam dilarang memakan bangkai.
A. memudaratkan anggota badan.
B. tidak menghormati binatang sebagai makhluk Allah.
C. makanan orang kafir.
D. najis, busuk, dan mudah reput.

34.Yang berikut merupakan bahagian anggota badan yang haram dimakan, kecuali..
A. pundi kencing.
B. darah.
C. hati dan jantung.
D. ketumbuhan antara kulit dan daging.



35. Apakah yang dimaksudkan dengan Al-An’am.
A. binatang ternakan yang dipelihara.
B. binatang ternakan berkaki empat yang boleh dimakan
dan jinak.
C. binatang yang halal di sisi syarak.
D. Binatang ternakan yang gemuk dan sihat saja.

36. Apakah waktu yang paling afdal untuk melakukan korban.
A. pada pagi Hari Raya Aidiladha.
B. sebelum gelincir matahari pada hari Raya Aidiladha.
C. pada 11 Zulhijjah.
D. terbenam matahari pada hari ke- 13 Zulhijjah.

37. Berapakah umur unta yang sah dijadikan korban.
A. 1 tahun atau lebih.
B. 2 tahun atau lebih.
C. 4 tahun atau lebih.
D. 5 tahun atau lebih.

38. Antara yang berikut,manakah yang merupakan syarat kepada barang yang hendak
dijual beli.
I barang yang hendak dijual milik penjual.
II penjual memang boleh menyerahkan barang kepada
pembeli ketika akad.
III pembeli mesti melihat barang yang hendak dibeli.
IV barang tersebut mestilah bersih dan suci.
A. I,II.dan III
B. II,III, dan IV
C. I,III, dan IV
D. I,II, dan IV

39. Manakah di antara berikut termasuk dalam syarat-syarat bayaran sewa.
I bayaran dengan wang.
II jenis matawang bayaran diketahui oleh kedua-dua pihak.
III kedua-dua pihak mengetahui jenis,kadar,dan sifat barang
sewaan.
IV harga sewaan ditetapkan oleh penyewa.
A. I,II, dan III
B. II,III, dan IV
C. I,III, dan IV
D. I,II, dan IV





40. Mengapakah Islam mengharuskan perjanjian sewa.
I dapat membezakan golongan kaya dengan miskin.
II pemilik harta atau barang akan memperoleh hasil
daripada harta yang disewa.
III dapat mengeratkan tali persaudaraan antara satu dengan
yang lain.
IV dapat mengembangkan suatu harta.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV


Kertas Ujian Tamat

Disediakan oleh:

Hisyamuddin bin Hasyim
Sek Men Teknik Seberang Perai

1 comment:

Muhd@live.com.my said...

Salam,

Diharapkan kepada guru pendidikan Islam dapat sumbangkan soalan-soalan pendidikan islam di tempat anda bertugas ke emel :

Gurupendidikanislam@hotmail.com.


Sekian dan terima kasih

(Muhammad)
Pengendali