Thursday, September 15, 2011

Soalan Ramalan SPM

contoh

Tuesday, October 06, 2009

Penutup segala nabi

Dari Thauban r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Akan muncul di kalangan umatku golongan dajal pendusta yang jumlah mereka hampir 30 orang yang mendakwa menjadi nabi dan aku adalah penutup segala nabi, tiada nabi lagi sesudahku. (riwayat Muslim)

Amin 3 angkat martabat penulis Islam

Berita Harian
06.10.09
Oleh Haslina Hassan
Sebanyak 34 kategori dipertanding pada Anugerah Media Islam diumumkan hari ini PENERIMA Anugerah Media Islam Negara kali ketiga (Amin 3) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal diumumkan pada majlis yang akan diadakan esok bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Setiausaha Jawatankuasa Induk Amin 3, Mohamad Saari, berkata sebanyak 34 anugerah dipertanding kali ini berbanding 21 tahun lalu bagi menghargai serta mengiktiraf pengamal media dan penulisan berunsur Islam pada peringkat nasional. Katanya, penambahan jumlah kategori dipertandingkan berikutan pecahan dibuat untuk penulis dan penerbit buku terbaik, penulisan buku umum dan buku ilmiah serta penulisan rencana umum dan rencana berbentuk ilmiah.
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
"Jika dulu hanya penulis yang dihargai dan diiktiraf, kali ini hakim buat keputusan untuk menghargai serta mengiktiraf sumbangan penerbit, begitu juga dalam penulisan rencana dipecahkan kepada rencana umum dan ilmiah. "Penganjur juga memperkenalkan anugerah baru iaitu Anugerah Khas Juri yang dipilih daripada kalangan calon yang tidak terpilih sebagai pemenang kategori tetapi dirasakan patut diberi anugerah kerana memiliki kriteria tertentu," katanya. Beliau berkata, selain Anugerah Khas Juri, Amin 3 menyediakan enam kategori utama iaitu Anugerah Penerbitan TV, Anugerah Penerbitan Radio, Anugerah Penerbitan Media Cetak, Anugerah Penerbitan Drama, Anugerah Laman Web serta Anugerah Perdana Media Islam Negara.
Mohamad berkata, anugerah kali ketiga anjuran Jakim ini menerima penyertaan memberangsangkan iaitu 665 penyertaan daripada pengamal media dan orang awam berbanding 200 penyertaan diterima tahun sebelumnya. Penerima Anugerah Perdana Media Islam Negara yang diberikan kepada tokoh banyak memberi sumbangan dalam media khususnya mengenai perkembangan dan dunia Islam akan menerima trofi, wang tunai RM10,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran 17 jilid berharga RM3,000 dan sijil. Pemenang kategori lain masing-masing akan menerima trofi, wang tunai RM2,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran dan sijil. Pemenang Anugerah Khas Juri bakal menerima trofi dan sijil. Penilaian dan pemilihan pemenang dilakukan 22 panel hakim yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dipengerusikan Prof Emiritus Datuk Nik Safiah Nik Abdul Karim.
Amin 3 akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom. Majlis itu turut diserikan persembahan artis antaranya Nora, Aisyah, Wada, kumpulan nasyid Far East dan persembahan qasidah bekas johan qari Tilawah al-Quran Pahang, Datuk Faizol Ghazali, Badlishah Alauddin (penceramah agama di Jabatan Agama Islam Pahang) dan Zamri Mohd Zainuddin (pengacara Mari Mengaji TV9). Berita Harian dipilih penerima anugerah Penerbit Akhbar Terbaik untuk tahun pertama dan kedua berturut-turut. Kemenangan itu mengiktiraf sumbangan Berita Harian yang menyediakan dua halaman setiap hari bagi menyiarkan isu semasa mengenai Islam. Berikutan pemilihan itu, Berita Harian menerima hadiah wang tunai RM2,000, trofi, sijil penghargaan dan set kitab tafsir terjemahan Fi Zilal al-Quran. Kemuncak acara malam itu ialah pengumuman hadiah pengunjung bertuah yang menawarkan hadiah menarik. Malam anugerah Amin 3 disiarkan secara langsung melalui RTM1.

Awasi lidah ketika berkempen elak saling memfitnah, adu domba

Dipetik dari Berita Harian 06.10.09
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
KEBELAKANGAN ini fitnah semakin kerap berlaku. Sepatutnya dalam siri ucapan untuk berkempen, tidak berlaku serangan peribadi bagi menjatuhkan maruah seseorang apabila pemimpin membuat kenyataan. Setiap individu wajib memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, mengata, mengumpat, membuat fitnah dan menjatuhkan air muka orang lain. Nabi Muhammad SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu. Antaranya sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya." (Hadis at-Tirmizi). Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
Pesan Rasulullah lagi bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya." (Diriwayatkan Baihaqi). Imam Nawawi ketika membicarakan hal sama berkata: "Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. "Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Ini kerana percakapan yang diharuskan membawa kepada haram atau makruh. Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis di atas membawa maksud seseorang yang beriman perlu mengawasi lidahnya dan hanya berkata perkara yang baik kepada dirinya dan orang lain. Sekiranya tidak membawa kebaikan, lebih baik berdiam diri saja. Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak." Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan." Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya, Rasulullah bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya". Begitulah pentingnya kita memelihara lidah daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah. Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat. Oleh itu, nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang direda-Nya.
Dalam menghuraikan peranan lidah, Imam al-Ghazali berkata: "Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja." Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan." Umat Islam tidak seharusnya menggunakan lidah untuk mencela, mencaci, memaki hamun dan berbohong. Amat mendukacitakan apabila umat Islam sanggup melemparkan kata kesat dan keji ke pada saudaranya. Mereka seolah-olah tidak memikirkan balasan yang bakal diterima nanti. Sebenarnya, orang yang menggunakan lidah ke arah keburukan tidak pandai menilai nikmat kurniaan Allah. Orang sebegini dianggap mengkufuri nikmat kurniaan Allah. Kesimpulannya, sebagai orang beriman kita harus mengawasi tutur kata. Berfikir sebelum mengucapkan perkataan. Jika perkataan yang hendak diucapkan itu tiada bahayanya, ucapkanlah. Jika sebaliknya, hindarilah daripada berkata-kata.

Perlakuan buruk undang berlaku bala, bencana terhadap manusia

Dipetik dari Berita Harian 060609
Oleh Shamsul Anuar Ahmad

CUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua. Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini. Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya. Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini. Firman Allah yang bermaksud, "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya." Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami turut kehendak isteri.
Anak derhaka kepada ibunya.
Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
Suara ditinggikan di dalam masjid.
Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Arak diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
Artis jadi pujaan.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW. Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

Sunday, August 09, 2009

percubaan read more

Untuk menggunakan fungsi ini, anda hendaklah menaip artikel/posting anda menggunakan Posting >> Create >> Edit HTML.Perkataan yang ditaip seperti contoh dibawah akan bertukar kepada fungsi read more..percubaan yang terakhir

Wednesday, August 05, 2009

Maklumat Penting


Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung, sila ke laman baru saya di
Blog e-Pendidikan Islam www.ependidikanislam.blogspot.com

Di laman baru, lebih banyak bahan-bahan yang telah disediakan.

Utz Muhammad
SMT Seberang Perai Pulau Pinang

Sunday, January 21, 2007

RANCANGAN PENGAJARAN TINGKATAN 4

TINGKATAN 4

Minggu: 1
Tarikh: 5 /2 – 9/2
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca dengan betul
1.2 Menyebut hukum tajwid
1.3 Menyatakan maksud ayat

Aktiviti:
1.1 Membaca dalam kumpulan kecil dengan dibimbing Naqib yang telah dipilih oleh guru.
1.2 Perbincangan
1.3 Sumbangsaran
Aras:






Kandungan:
1.1 Ayat bacaan : Al-an’am : 1-35
1.2 Ayat kefahaman : Al-an’am : 6

Impak / Refleksi:


Minggu: 1
Tarikh: 5/2 – 9/2
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: MAKANAN YANG BAIK
Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca dengan betul
1.2 Menerangkan maksud hadis
1.3 Menyatakan pengajaran hadis
Aktiviti:
1.1 Membaca hadis dengan betul
1.2 Sumbangsaran

Aras:

Kandungan:
1.1 Intisari Hadis dan huraian

Impak / Refleksi:

Minggu: 2
Tarikh: 12/2 -16/2
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: RASUL PENYAMPAI WAHYU
Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca dengan betul
1.2 Menyebut hukum tajwid
1.3 Menyatakan maksud dan pengajaran ayat

Aktiviti:
1.1 Membaca dalam aktiviti kecil
1.2 Perbincangan kumpulan
1.3 Latihan jawi
1.4 Pengalaman situasi
Aras:

Kandungan: Ayat bacaan : Al-An’anm : 36-58
Ayat kefahaman : Al-an’am : 50

Impak / Refleksi:

Minggu: 2
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menjelaskan pengertian
1.2 Menerangkan Implikasi dan pencegahan
1.3 Menerangkan akibat

Aktiviti:
1.1 Sumbangsaran
1.2 Perbincangan
1.3 Membuat peta minda
Aras:

Kandungan:
1.1 Syirik, Kufur, Riddah, Khurafat, Sihir dan Nifaq

Impak / Refleksi:

Minggu: 2
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyebut maksud dan pengertian
1.2 Menjelaskan keadaan dibolehkan mengupah haji
1.3 Menyebut hikmah haji dan umrah
Aktiviti:
1.1 Sumbangsaran
1.2 Perbincangan
1.3 Membuat peta minda
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengertian
1.2 Upah haji
1.3 Hikmah mengerjakan haji dan umrah
Impak / Refleksi:

Minggu: 3
Tarikh: 19/2 – 23/2
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca dengan betul
1.2 Menyebut hukum tajwid
1.3 Menyatakan Maksud dan Pengajaran Ayat
Aktiviti:
1.1 Membaca dalam kumpulan kecil
1.2 Perbincangan kumpulan
1.3 Sumbangsaran
Aras:

Kandungan:
1.1 Ayat bacaan : Al-an’am : 59 – 65
1.2 Ayat kefahaman : Al- an’am : 70

Impak / Refleksi:

Minggu: 3
Tarikh: 19/2 -23/2
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan syarat wajib haji, rukun haji dan umrah
1.2 Menerangkan hikmah
1.3 Menerangkan perbezaan keduanya

Aktiviti:
1.1 Membuat peta mina
1.2 Mengumpul gambar
1.3 Bercerita pengalaman haji
1.4 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Syarat wajib haji
1.2 Rukun haji dan umrah
1.3 Hikmah
1.4 Perbezaan rukun haji dan umrah

Impak / Refleksi:

Minggu: 4
Tarikh: 5/3 – 9/3
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: HIDAYAT MILIK ALLAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca dengan betul
1.2 Menyebut hukum tajwid
1.3 Menyatakan maksud dan pengajaran ayat
Aktiviti:
1.1 Membaca dalam kumpulan kecil
1.2 Perbincangan kumpulan
1.3 Menulis maksud dalam tulisan jawi
Aras:

Kandungan:
1.1 Ayat kefahaman : Al-an’am : 125

Impak / Refleksi:

Minggu: 4
Tarikh: 5/3 – 9/3
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: PERPADUAN TERAS KEMAJUAN
Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca hadis dengan betul
1.2 Menerangkan maksud
1.3 Menyatakan pengajaran hadis
Aktiviti:
1.1 Forum

Aras:

Kandungan:
1.1 Intisari hadis dan pengajaran
Impak / Refleksi:







Minggu: 4
Tarikh: 5/3 – 9/3
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: DOSA –DOSA BESAR
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menjelaskan pengertian
1.2 Menerangkan Implikasi dan pencegahan
1.3 Menyatakan cara membersihkan diri
Aktiviti :
1.1 Perbincangan dalam kumpulan
1.2 Membuat carta perbandingan
1.3 Menonton cd
1.4 Menulis karangan dalam jawi
Aras:

Kandungan:
1.1
1.1 Derhaka kepada Ibu bapa
1.2 Berbohong
1.3 Mencuri dan merompak
1.4 Riba
1.5 Makan harta anak yatim
1.6 Lari dari medan perang
Mengumpat dan memfitnah
Impak / Refleksi:

Minggu: 5
Tarikh: 19/3 -23/3
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: AQIDAH TERAS KEHIDUPAN
Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca dengan betul
1.2 Menyebut hukum tajwid
1.3 Menyatakan maksud dan pengajaran ayat
1.4 Menghafaz potongan ayat

Aktiviti:
1.1 Membina ayat
1.2 Perbincangan kumpulan
1.3 Latihan jawi
1.4 Menghafaz dalam kumpulan
Aras:

Kandungan:
1.1 Ayat kefahaman : Al-an’am 161 – 165
1.2 Ayat hafazan : Al-an’am 162 – 163
Impak / Refleksi:

Minggu: 5
Tarikh:19/3 – 23/3
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: DOSA YANG MENGHANCURKAN UMAT
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menjelaskan pengertian
1.2 Menerangkan sebab dan akibat
1.3 Menyatakan cara pencegahan
Aktiviti:
1.1 Perbincangan dalam kumpulan
1.2 Sumbangsaran

Aras:

Kandungan:
1.1 Arak dan dadah
1.2 Zina
1.3 Qazaf
1.4 Liwat dan musahaqah
1.5 Membunuh diri
Impak / Refleksi:

Minggu: 6
Tarikh: 26/3 – 29/3
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca dengan betul
1.2 Menyebut hukum tajwid
1.3 Menyatakan maksud dan pengajaran ayat
1.4 Menghafaz potongan ayat
Aktiviti:
1.1 Membaca ayat dalam kumpulan kecil
1.2 Perbincangan kumpulan
1.3 Menghafaz dalam kumpulan
Aras:

Kandungan:
1.1 Ayat bacaan : Al-mukminum 1-35
1.2 Ayat kefahaman : Al-mukminum 1-11
1.3 Ayat hafaza : Al-mukminum 1-11
Impak / Refleksi:




Minggu: 6
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: WAJIB HAJI DAN UMRAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan perkara wajib haji dan umrah
1.2 Menerangkan sunat-sunat haji
1.3 Menerangkan larangan ketika ihram
1.4 Menyatakan hikmah
Aktiviti:
1.1 Sumbangsaran
1.2 Perbincangan
1.3 Membuat peta minda
1.4 Membuat carta pergerakan perkara wajib haji
Aras:

Kandungan:
1.1 Wajib haji dan umrah
1.2 Sunat-sunat haji
1.3 Perkara yang dilarang ketika ihram
1.4 Hikmah
Impak / Refleksi:

Minggu: 6
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: CARA MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyebut pengertian
1.2 Haji Ifrad, Tamattu dan Qiran
Aktiviti:
1.1 Perbincangan dalam kumpulan
1.2 Membuat carta bahagian-bahagian dam
1.3 Membuat peta minda
1.4 Membuat Carta Pergerakan perkara wajib haji
Aras:

Kandungan:
1.1 Haji Ifrad, Tamattu dan Qiran
1.2 Jenis dam dan hikmahnya
Impak / Refleksi:

Minggu: 7
Tarikh: 2/4 – 6/4
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
Objektif / Kemahiran:
1.1 Membaca dengan betul
1.2 Menyebut hukum tajwid
1.3 Menyatakan maksud dan pengajaran ayat
1.4 Menghafaz potongan ayat
Aktiviti:
1.1 Membaca dalam kumpulan kecil
1.2 Perbincangan
1.3 Menghafaz dalam kumpulan kecil
Aras:

Kandungan:
1.1 Ayat bacaan : Luqman 1-21
1.2 Ayat kefahaman : Luqman 12-19
1.3 Ayat hafazan : 12-19

Impak / Refleksi:

Minggu: 7
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: TUNTUTAN TAUBAT
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menjelaskan pengertian
1.2 Menerangkan cara bertaubat
1.3 Menyatakan hikmah bertaubat
Aktiviti:
1.1 Perbincangan
1.2 Mengalunkan Zikir Taubat bersama-sama
Aras:

Kandungan:
Pengertian taubat
Syarat-syarat taubat
Hikmah taubat

Impak / Refleksi:

Minggu: 7
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: SEBELIHAN
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menerangkan maksud
1.2 Menyatakan rukun sembelihan
1.3 Perkara sunat dan perkara makruh sembelihan
Aktiviti:
1.1 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengertian sembelihan
1.2 Rukun sembelihan
1.3 Perkara sunat dan makruh sembelihan
1.4 Hikmah sembelihan

Impak / Refleksi:

Minggu: 7
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: QURBAN
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan maksud dan pengertian
1.2 Menyatakan hikmah


Aktiviti:
1.1 Perbincangan
1.2 Membuat Peta Minda
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengertian Qurban
1.2 Perkara sunat qurban
1.3 Waktu menyembelih
1.4 Syarat sah sembelihan
1.5 Umur haiwan yang boleh disembelihkan
1.6 Pengagihan qurban
1.7 Hikmat ibadat quran
Impak / Refleksi:

Minggu: 8
Tarikh: 9/4 – 13/4
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: AQIQAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menerangkan maksud dan pengertian aqiqah
1.2 Menyatakan hikmah
Aktiviti:
1.1 Perbincangan
1.2 Membuat peta minda
1.3 Membuat carta Perbandingan Antara Ibadat Aqiqah dan Qurban
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengertian Aqiqah
1.2 Syarat sah
1.3 Pengagihan daging
1.4 Sunat akikah
1.5 Hikmah akikah
Impak / Refleksi:

Minggu: 8
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan pengertian khalifah al-rasyidin
1.2 Menjelas corak pemerintahan
Aktiviti:
1.1 Perbincangan
1.2 Membuat carta sumbangan khalifah al-rasyidin
1.3 Bercerita tentang peristiwa penting tentang khalifah
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengenalan
1.2 Cara pemilihan
1.3 Sistem pentadbiran
1.4 Sumbangan
1.5 Perkembangan sosial
1.6 Perkembangan ekonomi
1.7 Iktibar
Impak / Refleksi:

Minggu: 9
Tarikh: 16/4 – 20/4
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: AKAL CAHAYA KEHIDUPAN
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan adab berfikir
1.2 Menjelaskan Faedah dan hikmah berfikir

Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Pembentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Adab berfikir
1.2 Cara dan hikmah berfikir
Impak / Refleksi:

Minggu: 9
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: KERAJAAN BANI UMAIYAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menjelaskan penubuhan dan perkembangan

Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Pembentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Penubuhan kerajaan Bani Umaiyah
1.2 Sumbangan
1.3 Faktor kegemilangan
1.4 Umar bin Ab Aziz
1.5 Faktor kejatuhan
Impak / Refleksi:

Minggu: 9
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: JUAL BELI DAN SEWA
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menerangkan maksud dan pengertian
1.2 Menyatakan rukun
1.3 Menyatakan jual beli yang dilarang
Aktiviti:
1.1 Mencungkil pengalaman pelajar
1.2 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengertian jual beli
1.2 Rukun jual beli
1.3 Jual beli yang dilarang
Impak / Refleksi:

Minggu: 10
Tarikh: 23/4 – 27/4
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: GADAIAN DAN SYARIKAT
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan maksud dan pengertian
1.2 Menyatakan rukun dan syarat sah
1.3 Menyatakan perkara yang membatalkan gadaian
1.4 Menyatakan hikmah
Aktiviti:
1.1 Perbincangan
1.2 Membina peta minda
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengertian gadaian dan syarikat
1.2 Rukun
1.3 Syarat sah
1.4 Perkara yang membatalkan
1.5 Menyatakan hikmah
Impak / Refleksi:


Minggu: 10
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: AL-IMAM ABU HANIFAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menerangkan perjalanan hidup tokoh

Aktiviti:
1.1 Membuat buku skrap
1.2 Pembentangan
1.3 Perbincangan

Aras:

Kandungan:
1.1 Riawayat hidup
1.2 Pendidikan
1.3 Sumbangan
1.4 Pengaruh

Impak / Refleksi:

Minggu: 11
Tarikh: 30/4 – 4/5
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: ADAB BERHIAS DIRI
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menjelaskan pengertian
1.2 Menyatakan akibat dan faedah berhias diri

Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbincangan

Aras:

Kandungan:
1.1 Adab berhias diri
1.2 Amalan yang dilarang untuk berhias
1.3 Hikmah berhias diri mengikut Islam
Impak / Refleksi:

Minggu: 11
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: HUTANA, INSURANS DAN SAHAM
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menerangkan maksud dan pengertian
1.2 Menyatakan rukun, perbezaan, hikmah dan tujuan
Aktiviti:
1.1 Mencungkil pengalaman pelajar
1.2 Perbincangan dalam kumpulan
1.3 Membuat carta perbandingan
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengertian Hutang, Insurans dan saham
1.2 Rukun
1.3 Perbezaan
1.4 Hikmah
1.5 Perinsip
1.6 Tujuan
Impak / Refleksi:

Minggu: 11
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: AL-IMAM MALIK
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menerangkan perjalanan hidup tokoh

Aktiviti:
1.1 Membuat buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Riawayat hidup
1.2 Imam Malik dan ilmu hadis


Impak / Refleksi:

Minggu: 12
Tarikh: 7/5 – 11/5
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: AL-IMAM AS-SYAFIE
Objektif / Kemahiran:
1.1 Merangkan perjalanan hidup tokoh
Aktiviti:
1.1 Perbentangan
1.2 Perbincangan
1.3 Membuat peta minda
Aras:

Kandungan:
1.1 Riawayat hidup
1.2 Pendidikan
1.3 Sumbangan

Impak / Refleksi:

Minggu: 12
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan pengertian, panduan dan hikmah
Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Dalil, panduan dan hikmah.

Impak / Refleksi:

Minggu: 12
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL
Objektif / Kemahiran:
1.1 Merangkan perjalanan hidup tokoh
Aktiviti:
1.1 Perbentangan
1.2 Perbincangan
1.3 Menyediakan buku skrap
Aras:

Kandungan:
1.1 Riwayat hidup, pendidikan dan sumbangan
Impak / Refleksi:

Minggu: 13
Tarikh: 14/5 – 18/5
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: ADAB AMAR MA,RUF NAHI MUNKAR
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan dalil, sifat pendakwah, adab, cara dan hikmah.
Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.2 Kewajipan
1.3 Sifat pendakwah
1.4 Adab
1.5 Cara dan hikmah
Impak / Refleksi:

Minggu: 13
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: ADAB DI TEMPAT REKREASI
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya 3 tempat rekreasi
Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Pengertian, kategori, faedah, adab ciri-ciri dan pengawalan dan hikmah.

Impak / Refleksi:

Minggu: 14
Tarikh: 21/5 – 25/5
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan 3 adab menjaga kemudahan awam

Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Adab, kepentingan, penyalahgunaan dan tanggungjawab
Impak / Refleksi:

Minggu: 15
Tarikh: 11/6 – 15/6
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: AL –IMAM BUKHARI
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menerangkan riwayat hidup tokoh
Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Riwayat hidup
1.2 Pendidikan
1.3 Sumbangan
1.4 Pengaruh
Impak / Refleksi:

Minggu: 16
Tarikh: 18/6 – 22/6
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: IMAM AL-GHAZALI
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menerangkan riawayat hidup

Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Riwayat hidup
1.4 Pendidikan
1.5 Sumbangan
Pengaruh
Impak / Refleksi:

Minggu: 16
Tarikh:
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: ADAB MENZIARAHI JENAZAH
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya 3 adab menziarahi jenazah.
Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan
1.1 Adab
1.2 Perkara-perkara yang dilarang
1.3 Hikmah
Impak / Refleksi:

Minggu: 17
Tarikh: 25/6 – 29/6
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: ZIKRULLAH PENGUBAT HATI
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya 3 adab berzikir dan kerugian orang yang tidak berzikir
Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Adab
1.2 Perkara-perkara yang dilarang
1.3 Hikmah
Impak / Refleksi:

Minggu: 18
Tarikh: 2/7 – 6/7
Cuti:
Tajuk / Bidang Pembelajaran: ADAB DENGAN RASULULLAH SAW
Objektif / Kemahiran:
1.1 Menyatakan 3 adab dengan Rasulullah SAW
Aktiviti:
1.1 Menyediakan buku skrap
1.2 Perbentangan
1.3 Perbincangan
Aras:

Kandungan:
1.1 Adab
1.2 Perkara-perkara yang dilarang
1.3 Hikmah
Impak / Refleksi:

Monday, July 10, 2006

Induksi

Jumaat lalu - aku mendapat surat dari JPN Pulau Pinang. Terima kasih! Permohonan ke kursus induksi bagi melengkapkan syarat perjawatan telah diterima. 13 Julai 2006 aku akan menjejaki ke Pulau Langkawi buat kali kedua.

Masih segar lagi - pada tahun 2004 yang lepas aku telah ke Langkawi dalam Ekpedisi Bahtera Bayu menjelaah lautan dalam kapal Fajar Samudera. Itulah kali pertama aku belayar dalam sebuah kapal yang mewah.

Dan 13 Julai ini kakiku akan melangkah lebih jauh ke tanah Langkawi.

Selamat datang kenangan.

Bukit Mertajam.
10 Julai 2006

Monday, June 13, 2005