Tuesday, October 06, 2009

Penutup segala nabi

Dari Thauban r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Akan muncul di kalangan umatku golongan dajal pendusta yang jumlah mereka hampir 30 orang yang mendakwa menjadi nabi dan aku adalah penutup segala nabi, tiada nabi lagi sesudahku. (riwayat Muslim)

Amin 3 angkat martabat penulis Islam

Berita Harian
06.10.09
Oleh Haslina Hassan
Sebanyak 34 kategori dipertanding pada Anugerah Media Islam diumumkan hari ini PENERIMA Anugerah Media Islam Negara kali ketiga (Amin 3) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal diumumkan pada majlis yang akan diadakan esok bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Setiausaha Jawatankuasa Induk Amin 3, Mohamad Saari, berkata sebanyak 34 anugerah dipertanding kali ini berbanding 21 tahun lalu bagi menghargai serta mengiktiraf pengamal media dan penulisan berunsur Islam pada peringkat nasional. Katanya, penambahan jumlah kategori dipertandingkan berikutan pecahan dibuat untuk penulis dan penerbit buku terbaik, penulisan buku umum dan buku ilmiah serta penulisan rencana umum dan rencana berbentuk ilmiah.
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
"Jika dulu hanya penulis yang dihargai dan diiktiraf, kali ini hakim buat keputusan untuk menghargai serta mengiktiraf sumbangan penerbit, begitu juga dalam penulisan rencana dipecahkan kepada rencana umum dan ilmiah. "Penganjur juga memperkenalkan anugerah baru iaitu Anugerah Khas Juri yang dipilih daripada kalangan calon yang tidak terpilih sebagai pemenang kategori tetapi dirasakan patut diberi anugerah kerana memiliki kriteria tertentu," katanya. Beliau berkata, selain Anugerah Khas Juri, Amin 3 menyediakan enam kategori utama iaitu Anugerah Penerbitan TV, Anugerah Penerbitan Radio, Anugerah Penerbitan Media Cetak, Anugerah Penerbitan Drama, Anugerah Laman Web serta Anugerah Perdana Media Islam Negara.
Mohamad berkata, anugerah kali ketiga anjuran Jakim ini menerima penyertaan memberangsangkan iaitu 665 penyertaan daripada pengamal media dan orang awam berbanding 200 penyertaan diterima tahun sebelumnya. Penerima Anugerah Perdana Media Islam Negara yang diberikan kepada tokoh banyak memberi sumbangan dalam media khususnya mengenai perkembangan dan dunia Islam akan menerima trofi, wang tunai RM10,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran 17 jilid berharga RM3,000 dan sijil. Pemenang kategori lain masing-masing akan menerima trofi, wang tunai RM2,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran dan sijil. Pemenang Anugerah Khas Juri bakal menerima trofi dan sijil. Penilaian dan pemilihan pemenang dilakukan 22 panel hakim yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dipengerusikan Prof Emiritus Datuk Nik Safiah Nik Abdul Karim.
Amin 3 akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom. Majlis itu turut diserikan persembahan artis antaranya Nora, Aisyah, Wada, kumpulan nasyid Far East dan persembahan qasidah bekas johan qari Tilawah al-Quran Pahang, Datuk Faizol Ghazali, Badlishah Alauddin (penceramah agama di Jabatan Agama Islam Pahang) dan Zamri Mohd Zainuddin (pengacara Mari Mengaji TV9). Berita Harian dipilih penerima anugerah Penerbit Akhbar Terbaik untuk tahun pertama dan kedua berturut-turut. Kemenangan itu mengiktiraf sumbangan Berita Harian yang menyediakan dua halaman setiap hari bagi menyiarkan isu semasa mengenai Islam. Berikutan pemilihan itu, Berita Harian menerima hadiah wang tunai RM2,000, trofi, sijil penghargaan dan set kitab tafsir terjemahan Fi Zilal al-Quran. Kemuncak acara malam itu ialah pengumuman hadiah pengunjung bertuah yang menawarkan hadiah menarik. Malam anugerah Amin 3 disiarkan secara langsung melalui RTM1.

Awasi lidah ketika berkempen elak saling memfitnah, adu domba

Dipetik dari Berita Harian 06.10.09
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
KEBELAKANGAN ini fitnah semakin kerap berlaku. Sepatutnya dalam siri ucapan untuk berkempen, tidak berlaku serangan peribadi bagi menjatuhkan maruah seseorang apabila pemimpin membuat kenyataan. Setiap individu wajib memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, mengata, mengumpat, membuat fitnah dan menjatuhkan air muka orang lain. Nabi Muhammad SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu. Antaranya sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya." (Hadis at-Tirmizi). Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
Pesan Rasulullah lagi bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya." (Diriwayatkan Baihaqi). Imam Nawawi ketika membicarakan hal sama berkata: "Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. "Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Ini kerana percakapan yang diharuskan membawa kepada haram atau makruh. Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis di atas membawa maksud seseorang yang beriman perlu mengawasi lidahnya dan hanya berkata perkara yang baik kepada dirinya dan orang lain. Sekiranya tidak membawa kebaikan, lebih baik berdiam diri saja. Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak." Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan." Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya, Rasulullah bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya". Begitulah pentingnya kita memelihara lidah daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah. Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat. Oleh itu, nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang direda-Nya.
Dalam menghuraikan peranan lidah, Imam al-Ghazali berkata: "Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja." Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan." Umat Islam tidak seharusnya menggunakan lidah untuk mencela, mencaci, memaki hamun dan berbohong. Amat mendukacitakan apabila umat Islam sanggup melemparkan kata kesat dan keji ke pada saudaranya. Mereka seolah-olah tidak memikirkan balasan yang bakal diterima nanti. Sebenarnya, orang yang menggunakan lidah ke arah keburukan tidak pandai menilai nikmat kurniaan Allah. Orang sebegini dianggap mengkufuri nikmat kurniaan Allah. Kesimpulannya, sebagai orang beriman kita harus mengawasi tutur kata. Berfikir sebelum mengucapkan perkataan. Jika perkataan yang hendak diucapkan itu tiada bahayanya, ucapkanlah. Jika sebaliknya, hindarilah daripada berkata-kata.

Perlakuan buruk undang berlaku bala, bencana terhadap manusia

Dipetik dari Berita Harian 060609
Oleh Shamsul Anuar Ahmad

CUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua. Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini. Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya. Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini. Firman Allah yang bermaksud, "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya." Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami turut kehendak isteri.
Anak derhaka kepada ibunya.
Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
Suara ditinggikan di dalam masjid.
Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Arak diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
Artis jadi pujaan.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW. Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)