Rasulullah Saw telah bersabda menerusi hadisnya yang mahsyur :
Bermaksud : " Sesungguhnya bagi Tuhanmu atas dirimu ada hak, bagi keluargamu atas dirimu ada hak, dan bagi dirimu sendiri atas kamu ada hak, maka berikanlah setiap hak itu kepada yang empunyanya.
"Kalimah "hak" bermakna, sesuatu yang patut diterima oleh seseorang. Yang lazimnya di dahului oleh pelaksanaan tanggungjawab atau kewajipan, yang dibebankan kepadanya.
Maka dalam konteks hadis yang tersebut tadi, apabila di katakan: " Bagi Tuhanmu atas dirimu ada hak," maka ungkapan itu bermakna bahawa kita sebagai hamba harus melaksanakan kewajipan kepada Allah, atau dengan kata lain, hak-hak Allah atas diri kita, hendaklah kita berikan kepada Allah, atau lebih jelas lagi, kita sebagai hamba diwajibkan beribadat kepada Allah, kerana ibadat itu menjadi hak Allah.
Dan ibadat juga sebagai tanda kita bersyukur dan berterima kasih atas nikmat pemberiannya yang tidak terhingga kepada kita.
Firman Allah Swt :
Bermaksud : " Wahai sekalian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu, dan orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa (Dialah ) Allah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kamu, dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air ( hujan ) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu, segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kamu, oleh itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. " (Surah Al-Baqarah ayat 21-22)
Monday, May 16, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment